Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 | Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian : Kementerian Pertahanan
Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam

Anda Calon Exam N29 15 Ogos 2018?

Jadual Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 :

gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • .
    .
    Syarat Bahasa Melayu
    .
    .
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    .
    .
    Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    .
    .
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

    lulus Peperiksaan Khas; dan

    had umur pelantikan:

    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

    Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
    .

    Cara Mohon Kerja Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

    .
    Jika anda ingin menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi SPA (spa.gov.my).

    Bagi lantikan negeri, anda boleh memohon di laman web SPA Negeri yang anda mahu mohon.
    .

    Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

    .
    Calon-calon yang menepati kelayakan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dipanggil menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 terlebih dahulu, sebelum dipanggil temuduga. Peperiksaan boleh diadakan secara online mahupun offline, bergantung kepada negeri.

    Calon-calon yang dipanggil ke exam Penolong Pegawai Tadbir N29, perlu buat persediaan yang rapi untuk lulus kerana perlu bersaing dengan beribu-ribu orang calon.

    Untuk memudahkan anda buat persediaan, anda boleh buat persediaan menggunakan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang disediakan oleh Infokerjaya ini :

    nota rujukan contoh soalan penolong pegawai tadbir n29

    Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

    Daftar PERCUMA Nama dan Email anda di bawah untuk mendapat update mengenai jualan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan PPT N29. Hanya yang mendaftar sahaja akan dapat update.

    Nak info kerja kosong terkini? Masukkan nama dan emel untuk terima update kerja kosong terkini terus ke emel anda

    kerjakosong

    www.KerjaKosongTerkini.info memberikan update info kerja kosong terkini yang diupdate secara berkala.