[Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29] Gaji, Syarat Kelayakan dan Bidang Tugas

Gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29, Syarat Kelayakan dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara akan anda ketahui dalam artikel ini.

Gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

.
Jadual di bawah menunjukkan gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29.
gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29
.

Bidang Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

.
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara bertanggungjawab :

  • Memberikan perkhidmatan ‘Aerodrome/Approach Control’ kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya
  • Mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.
  • .

    Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

    .
    Syarat Lantikan:
    .

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57).

    dan

  • Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
  • lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
  • tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta bidang Approach Control dan mendapat Approach Control Rating.
  • .
    Syarat Bahasa Melayu
    .
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    .

    Jika anda dipanggil menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Udara A29 ini, anda boleh dapatkan Nota, Rujukan dan Contoh Soalan Exam Peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Udara DI SINI <<

    Nak info kerja kosong terkini? Masukkan nama dan emel untuk terima update kerja kosong terkini terus ke emel anda

    kerjakosong

    www.KerjaKosongTerkini.info memberikan update info kerja kosong terkini yang diupdate secara berkala.