gaji tugas kelayakan pegawai kawalan trafik udara gred A41

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 | Gaji, Deskripsi Tugas & Kelayakan

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian / Jabatan : Jabatan Penerbangan Awam

gaji tugas kelayakan pegawai kawalan trafik udara gred A41

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA A41 :


.

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

GAJI PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA A41 :

Jadual Gaji Pegawai Kawalan Trafik Udara :

gaji pegawai kawalan trafik udara U41
.

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA A41 :

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,325.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,635.65)

dan
(d)

(i) Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
(iii) lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
(iv) tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan
(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PEPERIKSAAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA U41

.
Adakah anda berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Gred U41?

.

PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA U41

.
Ini adalah antara isi kandungan yang terdapat dalam Ebook Nota Rujukan, Contoh Soalan Peperiksaan Penolong & Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & A29.

contoh soalan exam penolong pegawai kawalan trafik 1 ebook


.

Jika anda mahukan panduan ini, klik butang “SAYA NAK!” di bawah:

.

Nak info kerja kosong terkini? Masukkan nama dan emel untuk terima update kerja kosong terkini terus ke emel anda

kerjakosong

www.KerjaKosongTerkini.info memberikan update info kerja kosong terkini yang diupdate secara berkala.