3 Kesilapan Menulis Resume yang Biasa Dilakukan Tanpa Disedari

Ada 3 kesilapan menulis resume yang sering dilakukan tanpa disedari. Ini adalah kerana biasanya resume ditulis secara semberono dan syok sendiri.

Resume – Pertandingan Pertama Untuk Mendapat Kerja Idaman

“Menangi pertandingan pertama, kemudian pertandingan berikutnya akan datang menjemput anda”


Persamaan Antara Resume dan Menu Makanan

Situasi yang biasa anda hadapi….

Anda rasa lapar. Nak makan. Lalu, anda pergi ke restoran atau mana-mana gerai makanan. Setelah anda duduk, pelayan pun datang ke meja anda dan menunjukkan kepada anda menu makanan yang dijual. Anda pun membaca menu tersebut dan memilih makanan yang anda mahukan.

Bagaimana anda membuat pilihan makanan?.

Pastinya anda akan memilih makanan yang menepati selera anda dan juga makanan yang nampak sedap – selalunya terdapat gambar makanan yang menyelerakan dan menepati citarasa anda.

majikan pilih resume kerja yang bagus

Menu makanan dalam situasi di atas ibarat resume.

Manakala, anda dalam situasi di atas sebagai majikan yang sedang memilih calon untuk ditemuduga bagi mengisi jawatan kosong yang ada di syarikat anda.

Begitulah diibaratkan…

Daripada situasi di atas, penemuduga akan memilih calon yang paling layak dan menepati kriteria yang diinginkan. Ada banyak resume yang diterima. Bukan anda seorang sahaja yang menghantar resume dan memohon jawatan tersebut.
Jadi, macam mana anda nak pastikan resume anda yang dipilih untuk ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga?.

“Menangi pertandingan pertama, kemudian pertandingan berikutnya akan datang menjemput anda”

Sebagai calon yang ingin mencari pekerjaan pertama atau mencari pekerjaan lain daripada pekerjaan sebelum ini, penyediaan resume yang menarik perhatian bakal majikan perlu dititikberatkan.

Menangi hati mereka pada peringkat permulaan mereka melihat resume anda (first impression) hinggalah mereka berminat untuk menjemput anda datang ke sesi temuduga bersama anda kelak. First impression adalah sangat penting!

tip tulis resume bm yang bagus first impression itu penting

Jadilah menu yang menepati selera bakal majikan anda, mempunyai hiasan yang cantik dan rasa yang sangat sedap berbanding menu lain.

Ramai calon yang tidak dapat maju ke peringkat temuduga disebabkan penulisan resume yang tidak menarik minat bakal majikan untuk dibaca.

Jika resume tidak dibaca, bagaimanakah anda boleh dipanggil ke peringkat seterusnya?.

Jadi….

Bagaimana caranya untuk menghasilkan resume yang menepati citarasa bakal majikan anda?

Perkara biasa yang dilakukan oleh calon yang sedang mencari kerja untuk menulis resume …

Taip “Contoh Resume”, “Template Resume”, “contoh resume kerja bahasa melayu” di google.

Kemudian….

Pilih contoh resume yang tertera.

Edit sana sikit, edit sini sikit…

Lepas tu, hantar resume tersebut ke beberapa syarikat.

Teeeeettttttt…..

Buat begini tak salah, TETAPI kurang tepat!

Jika kebanyakan calon buat begitu, anda JANGAN buat perkara yang sama!.

Eh, kenapa pula?

Ye lah, anda kan nak jadi calon yang “outstanding”, lebih menonjol daripada calon lain!. Jadi, jika anda buat perkara yang sama, apa bezanya anda dengan calon lain?.

Apa bezanya resume anda dengan resume calon lain?.

Adakah contoh resume dan template resume yang anda tiru itu telah terbukti berjaya dipanggil ke temuduga?. Adakah penulis resume tersebut berjaya mendapat pekerjaan yang dipohon?

Tanpa disedari, ketika menulis resume, kebanyakan calon mengabaikan 2 perkara penting ini.


3 Perkara Penting Yang Sering Calon Terlepas Pandang Ketika Menulis Resume



1. Resume yang dihantar perlulah spesifik untuk jawatan dan syarikat yang dipohon.
Resume yang anda tulis perlu memenuhi kriteria calon yang dicari oleh bakal majikan. Jadi, anda tak boleh menghantar resume yang sama kepada 30 syarikat yang berbeza. Jika anda lakukannya juga, maka tidak hairan lah jika situasi di bawah ini berlaku pada anda :

“Saya dah hantar banyak resume. Dah 30 syarikat saya hantar resume, mohon kerja. Tapi 1 pun tak sangkut!. Tak panggil saya temuduga pun! Sedih betul. Tak ada rezeki saya, agaknya. Sob sob sob… 🙁 “

2. Resume Copy Paste

Tidak salah copy paste resume orang lain atau contoh resume yang terdapat di internet. Tetapi anda perlu ubahsuai resume tersebut mengikut keperluan kerjaya anda. Resume anda perlulah gempak dan mesra majikan. Untuk menghasilkan resume yang gempak dan mesra majikan, anda perlu belajar menulis resume dengan cara yang betul. Setiap apa yang kita mahu lakukan, kita perlukan ilmu.

3. Apa yang anda tulis di resume, akan menjana soalan ketika proses temuduga.

Selalunya, ketika menulis resume, calon cuba untuk meletakkan seberapa banyak maklumat yang bagus-bagus tanpa menyedari kebanyakan soalan yang ditanya oleh penemuduga adalah maklumat-maklumat yang ditulis dalam resume. Salah buat resume, maka soalan yang salah akan ditanya ketika temuduga.

Contoh : Jika anda menyenaraikan senarai 3 semester anda mendapat Dean List, tetapi anda tidak dapat Dean List
setiap semester, soalan ini kemungkinan besar akan ditanya kepada anda :

“Kenapa 3 semester ini sahaja anda dapat Dean List?. Kenapa tidak tiap-tiap semester?”.

Jika anda tak tahu apa komponen penting yang perlu dibuang dan apa pula yang perlu dimasukkan, pastinya anda akan menghasilkan resume yang membunuh diri sendiri!

Anda perlu ingat, segala apa yang anda tulis dalam resume adalah cermin kepada diri anda sendiri. Bakal majikan anda boleh tahu karakter anda hanya dengan membaca resume anda.

Jadi, anda perlu menghasilkan resume yang terbaik, iaitu resume yang dapat membantu panel penemuduga untuk menanyakan soalan yang betul kepada anda.

Berhati-hati menulis resume! Jangan pasang perangkap untuk diri sendiri.

Oleh itu, anda hanya perlu tulis maklumat yang penting sahaja!.

Jadi, apakah maklumat yang penting itu?

Teruskan bacaan, ya…


10 Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume

tip tulis resume kerja bm

Resume yang anda tulis wajib memuatkan segala informasi terhebat anda sebelum ini sebagai sokongan untuk dapatkan jawatan yang anda idam-idamkan. Secara ringkasnya, resume yang anda tulis perlu ada 10 perkara berikut:

1. Gambar profile professional
2. Butiran diri
3. Pendidikan dan Kelayakan
4. Pengalaman Kerja
5. Pencapaian anda sebelum ini
6. Anugerah terhebat
7. Aktiviti Sukan dan Sosial
8. Rujukan
9. Design resume
10. Susunan format

Walaupun tiada format yang universal untuk menulis resume, tetapi terdapat garis panduan yang perlu anda ikuti ketika memikirkan apa yang hendak ditulis dalam resume untuk menarik minat bakal majikan memangil anda ke temuduga.
Jika anda ingin memperbaiki mutu penulisan resume anda dan menghasilkan resume yang lebih tersusun, berinformatif, kemas dan lengkap dengan isi-isi penting untuk memikat bakal majikan anda, panduan di bawah mampu membantu anda.

Pihak kami ingin kongsikan kepada anda 1 panduan lengkap Rahsia Resume Kerja. Ebook ini dihasilkan fokus untuk membantu anda menulis resume yang dapat memikat bakal majikan anda, tak kiralah sama ada anda memohon kerja untuk jawatan kerajaan ataupun swasta. Dengan mengikuti semua tip yang diajarkan dalam ebook ini, InsyaAllah, anda dapat menghasilkan resume yang 99% berjaya dipanggil ke temuduga.

Ada 5 Komponen dalam rujukan lengkap Rahsia Resume Kerja ini yang merangkumi :

1. 82 muka surat Manual Utama Resume Kerja.

2. 37 muka surat Soalan yang Biasa Ditanya oleh Penemuduga Berdasarkan Resume yang ditulis oleh calon.

3. 3 Cover Letter yang memang terbukti berjaya dipanggil temuduga.

4. 4 Contoh Resume Sukses (resume yang sudah siap, dikongsikan oleh mereka yang telah berjaya dapat kerja dengan menggunakan resume ini. Anda boleh edit sedikit sebanyak dan ikut apa yang ditulis dalam resume tersebut jika ianya sama dengan diri anda).

5. 10 Template Resume – Untuk memikat hati bakal majikan, anda perlu menulis resume yang ditulis khusus untuk jawatan dan syarikat tersebut. Anda boleh memilih template resume mana yang anda mahu gunakan, sesuai dengan jawatan yang anda pohon.

Untuk pengetahuan anda, kami hanya akan berkongsi dan berani rekemen kepada anda rujukan dan panduan terbaik yang boleh membantu calon-calon yang sedang mencari pekerjaan.

Rahsia Resume Kerja adalah antara panduan utama yang pihak kami syorkan untuk anda dapatkan sebagai rujukan ketika menulis resume agar dapat memudahkan anda menulis resume yang berjaya “menjual” diri anda.

Rujukan ini telah TERBUKTI membantu ramai calon mendapatkan pekerjaan yang diidamkan. Jadi, kami yakin, ia dapat membantu anda juga untuk mendapatkan kerjaya yang anda impikan.

Panduan ini sedang dalam proses upgrade untuk memberikan panduan yang terbaik untuk anda. Ia akan mula dijual dalam beberapa hari sahaja lagi. Untuk tidak ketinggalan mendapatkannya, DAFTAR DI SINI.

Resume hebat, pastinya kerja pun hebat!


Download ebook percuma tip tulis resume yang bagus bm

Dapatkan Ebook PERCUMA ‘7 Kesilapan
Kritikal Resume Dilongkangkan’
.
Sila tinggalkan nama dan emel anda di ruangan bawah ini untuk kami emelkan ebook percuma hari ini.

Cepat, ia terhad untuk 1000 900 orang pertama sahaja!


Nama Manja:
Emel: