Contoh Soalan Pengetahuan Am peperiksaan separa perubatan

13 CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Contoh soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan ini KHAS untuk calon yang dipanggil SPA untuk menduduki peperiksaan online Separa Separa Perubatan.

PERINGATAN! Ini hanyalah contoh soalan sahaja. Bukan soalan ramalan. Bukan juga soalan bocor!.

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan ini disediakan khas sebagai rujukan dan sebagai persediaan anda sebelum menduduki Exam Separa Perubatan yang sememangnya sangat mencabar.

FORMAT PEPERIKSAAN LENGKAP ada kami kongsikan di dalam PANDUAN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN di akhir contoh soalan ini. Jangan terlepas mendapatkannya!

Contoh Soalan Pengetahuan Am peperiksaan separa perubatan

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan

1. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

.
2. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai piramid makanan

A. Mee, nasi, bijirin, roti dan hasil bijirin dan ubi-ubian adalah makanan yang utama.
B. Mengandungi 5 kumpulan dengan 4 aras termasuk jumlah sajian harian yang dicadangkan.
C. Lemak, minyak, garam dan gula meningkatkan risiko penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.
D. 1500 kkal sehari cukup untuk seorang lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan.

.
3. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV

.
4. Bagaimanakah kencing tikus boleh berjangkit pada manusia?

I. Dipindahkan menerusi air yang dicemari oleh air kencing binatang dan menyentuh bukaan kulit atau mata.
II. Dijangkiti menerusi air, makanan atau tanah yang dicemari kencing haiwan pembawa.
III. Melalui sentuhan kulit pada binatang yang menjadi pembawa.
IV. Menerusi air kencing binatang secara langsung.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

.
5. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara dan Kepala Utama Negara merujuk kepada

A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

.
6. Dalam proses kejadian manusia, bilakah jantung mula terbentuk?

A. Selepas 1 minggu percantuman ovum dan sperma
B. Selepas 2 minggu percantuman ovum dan sperma
C. Selepas 3 minggu percantuman ovum dan sperma
D. Selepas 4 minggu percantuman ovum dan sperma

.
7. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah

I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. tekak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

.
8. Di antara berikut, yang manakah bukan objektif Intergrasi Nasional?

A. Melaksanakan program Integrasi Nasional ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu.
B. Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri ke arah mempercepatkan lagi proses perpaduan negara.
C. Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
D. Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

.
9. Sawan demam berlaku akibat daripada

A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39˚C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut

.
10. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

.
11. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?

A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta

.
12. Apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan

A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease

.
13. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah

A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg

.

PANDUAN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN

Panduan Peperiksaan Separa Perubatan ini ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional. Panduan Lengkap ini mengandungi :

[+] 40++ Nota berkaitan Separa Perubatan
[+] Penerangan Format Peperiksaan Separa Perubatan Terkini
[+] 70++ Contoh Soalan
[+] Maklumat berkaitan Jawatan Separa Perubatan.

Contoh Soalan Separa Perubatan disediakan dalam Panduan Lengkap ini bertujuan untuk anda biasakan diri dengan soalan-soalan yang bakal ditanya ketika peperiksaan nanti. Untuk membantu anda buat persediaan dengan lebih pantas, setiap soalan disertakan dengan jawapan. Jadi, anda tak perlu terkial-kial mencari jawapan. Jawapan disediakan terus untuk anda.

Panduan ini bukanlah jaminan untuk anda lulus. Tetapi, dengan adanya panduan ini untuk rujukan anda, anda dah jimat banyak masa anda. Anda tak perlu lagi google sana sini, baca banyak-banyak buku untuk buat persediaan. Laratkah anda nak baca buku banyak-banyak? Cukup ke masa anda nak google sana-sini, baca itu ini sedangkan Exam dah nak dekat?

Buat persediaan dari sekarang! Daftar PERCUMA di bawah :

Anda boleh dapatkan Laporan PERCUMA (PREVIEW COPY) rujukan Separa
Perubatan ini dalam bentuk PDF. Selain itu, anda juga akan dapat tip-tip
peperiksaan online Separa Perubatan dari semasa ke semasa.

Masukkan nama dan emel anda di bawah dan tekan SAYA NAK!