Cotoh Soalan Temuduga PPK U11 Pembantu Perawatan Kesihatan

11 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (PPKU11)

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan

Berikut adalah contoh soalan temuduga bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 :

1. Perkenalkan diri anda dan latar belakang?
2. Kenapa anda minta jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan?
3. Apa yang boleh anda huraikan tentang tugas seorang Pembantu Perawatan Kesihatan?
4. Apakah misi, visi dan moto KKM?
5. Ceritakan apa anda tahu tentang belanjawan?
6. Apakah perbezaan antara hospital atau klinik?
7. Apakah warna pakaian bagi Pembantu Perawatan Kesihatan?
8. Namakan menteri, timbalan dan pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.
9. Jika anda diberi peluang menjawat jawatan ini, adakah anda sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?
10. Sanggupkah kalau ditempatkan di pengurusan mayat?
11. Siapakah nama menteri Kesihatan yang baru dan lama?

Inilah antara contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan yang anda boleh jadikan panduan untuk menghadiri Temuduga PPK U11.

Jika anda mahukan lebih banyak contoh soalan dan tip lulus Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan, anda boleh klik link di bawah untuk download PERCUMA.

>> DOWNLOAD Contoh Soalan + Tip Lulus Temuduga PPK U11 DI SINI <<

.
ebook 36 contoh soalan temuduga PPK U11

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 - Gaji, Syarat Lantikan, permohonan, Tugas & Tanggungjawab, psikometrik, temuduga

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 – Gaji, Syarat Lantikan, Tugas, Permohonan, Ujian Psikometrik, Temuduga

Dalam artikel ini anda akan dapat mengetahui tentang gaji, syarat lantikan, tugas & tanggungjawab, cara memohon, ujian psikometrik dan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

Pembantu Perawatan Kesihatan, PPK U11:

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

gaji ppk U11 Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

GAJI MINIMUM : RM1,204.00
GAJI MAKSIMUM : RM3,001.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00

Syarat Lantikan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 :

  • Warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • > (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

    Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

    Tugas dan tanggung jawab Pembantu Perawatan Kesihatan

    Berikut ialah senarai tugas dan tanggung jawab sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 :

    Tugas-tugas Am PPK

  • Ketik kad kehadiran kerja masa masuk dan keluar.
  • Melaporkan kehadiran pada ketua unit atau jururawat bertugas.
  • Serahkan/ambil tugas kepada rakat sejawat.
  • Kemas katil dan kebersihan sekitar wad.
  • Kemas dan bersihkan katil pesakit discaj.
  • Tukar dan ikat beg linen yang sudah penuh.
  • Pastikan oksigen dan suction berfungsi dan bersih.
  • Bersihkan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
  • Menyediakan air kepada pesakit mengikut waktu dan keperluan.
  • Ambil dan hantar troli makan dari unit sajian.
  • Kutip dan cuci tray selepas pesakit selesai makan.
  • Bersihkan peti sejuk dan peralatan steril ikut jadual.
  • Berhubung baik dengan pesakit, famili pesakit dan unit-unit lain.
  • Hadir ke mesyuarat unit, perhimpunan di waktu pagi dan program untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Membaca dan menurunkan tanda tangan surat pekeliling, minit mesyuarat dan melaksanakan arahan pegawai atasan/ketua wad.
  • Hadir ke program anjuran hospital seperti kelab sukan, aktiviti 5S, gotong royong, akreditasi dan lain-lain.
  • Hantar Laporan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan pada Ketua Unit setiap tahun.
  • Berpakaian seragam bersih dan kemas.
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 - Gaji, Syarat Lantikan, permohonan, Tugas & Tanggungjawab, psikometrik, temuduga

    Tugas-tugas Despatch PPK U11

  • Hantar dan ambil barang dari atau ke pejabat am, farmasi, makmal, rekod, stor, unit hasil, x-ray dan pejabat penyelia jururawat.
  • Tugas-tugas Khas PPK :

  • Tugas klinikal menurut tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di wad tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di unit tertentu tahap 3 contohnya mortuary, phsysioterapi.
  • Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

    Jika anda berminat dengan kerjaya sebagai PPK U11, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi SPA

    >> Laman Web Rasmi SPA <<

    Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 PPK U11

    Selepas memohon jawtan PPK ini, sekiranya terpilih, calon akan dipanggil untuk Ujian Psikometrik. Ujian ini adalah untuk menguji kecerdasan sensitiviti, personaliti dan aptitude calon.

    Sebagai persediaan untuk anda hadapi Ujian Psikometrik, baca Contoh Soalan Ujian Psikometrik ini.

    Semakan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 PPKU11:

    Klik link di bawah untuk semakan panggilan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

    >> Semakan panggilan Temuduga PPKU11 <<

    Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

    Jika anda dipanggil ke temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, klik link di bawah untuk baca Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

    >> Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 <<