Pengumuman Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – PTMF41

Maklumat Terkini Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 2016

.
SPA telah pun mengumumkan jadual peperiksaan online memasuki perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 2016. Maklumat terkini peperiksaan adalah seperti berikut :

Tarikh Peperiksaan : 15 April 2016 (Jumaat)
Masa : 08:00 Malam – 10:25 Malam
.

.

Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pengumuman Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 oleh pihak SPA

Cara Semak Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 2016

.
Jika anda ada memohon jawatan ini, tetapi masih belum dapat panggilan peperiksaan ini sama ada melalui SMS atau emel, anda boleh buat semakan secara online.
.
Sila layari pautan :
http://e-semakan.spa.gov.my
.
Calon juga boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui aplikasi mobile (MySPAv2). Segala makluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA semasa peperiksaan dijalankan.
.
Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir daripada pihak SPA!
.
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 10:25 malam.

.

Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

.
Pegawai Teknologi Maklumat F41 bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk peperiksaan online Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 sesi kali ini, hanya ada 3 Seksyen sahaja yang terlibat, iaitu :

Seksyen A : Ujian Psikometrik – 78 soalan
Seksyen B : Pengetahuan Am – 50 soalan
Seksten C : Daya Menyelesaikan Masalah – 40 soalan
.
Nampaknya SPA telah mengubah format peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan awam. Jika sebelum-sebelum ini, calon diuji dengan Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah terlebih dahulu, kali ini, calon akan diuji dengan Ujian Psikometrik dahulu.
.
Di bawah ini adalah contoh-contoh soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 untuk setiap seksyen sebagai rujukan untuk calon peperiksaan ini.
.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Seksyen A Ujian Psikometrik

.
Tujuan ujian psikometrik adalah untuk menguji personaliti calon. Pihak SPA mencari calon yang mempunyai personaliti yang mereka cari, bersesuaian dengan jawatan yang akan disandang, iaitu Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Melalui jawapan yang diberikan oleh calon, pihak SPA akan dapat mengetahui personaliti setiap calon.
.
Contoh soalan Ujian Psikometrik adalah seperti di bawah :
.
1. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak Pasti

.
2. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti

.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Seksyen B Pengetahuan Am

.
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa.
.
Biasanya seksyen Pengetahuan Am akan menjadi seksyen yang digeruni oleh para calon kerana skopnya yang luas.
.
Berikut adalah Contoh Soalan Ujian Psikometrik :
.
1. Berikut adalah bahasa rasmi ASEAN kecuali :

A. Bahasa Thai
B. Bahasa Malaysia
C. Bahasa Inggeris
D. Bahasa Indonesia
.
2. A merupakan perkara yang sudah diproses dan dianalisa untuk dipakai bagi membuat sebarang keputusan. A merujuk kepada

A. Data
B. Maklumat
C. Input
D. Output

.
3. Senarai di bawah merupakan komponen utama dalam sistem komputer KECUALI

A. Pemampat dan Penyejat
B. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
C. Unit-unit Input dan unit-unit Output
D. Komponen Storan dan Komponen Ingatan
.

.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Seksyen C Daya Menyelesaikan Masalah

.
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :

  • Kemahiran Menggunakan Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik
  • .
    Berikut adalah antara Contoh Soalan Seksyen C yang menguji konsep Matematik para calon :
    .
    1. Kos seorang pengatur program komputer (programmer) adalah RM 3 sejam. 2 orang pengatur program komputer diperlukan untuk bekerja selama 60 hari dengan 8 jam bekerja setiap hari.

    Berapakah anggaran kos tenaga kerja yang perlu diperuntukkan dalam kajian kos sistem tersebut?

    A RM 1,440
    B RM 1,800
    C RM 2,800
    D RM 2,880
    .
    2. Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah

    A. 1/75
    B. 2/75
    C. 3/75
    D. 4/75

    .

    3. Ah Beng mempunyai 210 biji buah duku. Dia menyimpan 2/7 daripada jumlah keseluruhan buah duku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamal, Atan dan July. Berapakah biji buah duku yang diperoleh oleh setiap rakannya?

    A. 40 biji
    B. 50 biji
    C. 60 biji
    D. 70 biji
    .

    PERINGATAN : Soalan yang dipaparkan ini BUKAN soalan ramalan mahupun soalan bocor Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41. Ini hanyalah contoh soalan sahaja. Soalan-soalan ini dikongsikan berdasarkan pengalaman calon-calon exam SPA sebelum ini. Soalan sebenar peperiksaan adalah SULIT dan hanya diketahui ketika exam dijalankan.
    .
    Moga contoh-contoh soalan yang telah dikongsikan ini dapat membantu anda mendapatkan gambaran tentang soalan yang bakal ditanya ketika exam nanti.
    .
    Untuk memantapkan lagi daya pengetahuan dan persediaan anda sebelum menghadiri sesi Exam Online PTM Gred F41 – 2016 ini, anda boleh dapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat gred F41 ini.

    Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat gred F41

    .
    panduan-nota-rujukan-peperiksaan-pegawai-teknologi-maklumat-f41-3
    .
    Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat gred F41 ini mengandungi :

    ✔ Penerangan Seksyen A, B & C
    ✔ 200 Soalan Contoh Seksyen A
    ✔ 60 Soalan Contoh Seksyen B
    ✔ 40 Soalan Contoh Seksyen C
    ✔ 83 ++ Nota Rujukan Pantas
    ✔ Tips Persediaan Exam
    ✔ Jawapan Seksyen A, B & C
    ✔ Jalan Kira Disediakan Untuk Seksyen C
    .
    Panduan ini dijual sehingga 13 April, 11.59 malam ini. Anda hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk mendapatkan panduan yang telah membantu ramai calon exam SPA lulus.

    Turn images on to see the animation

    .
    Klik link ini untuk buat tempahan SEKARANG! >> Panduan Lengkap Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat gred F41 ini

    61 Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

    61 Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 2016 untuk diisi.

    Baru-baru ini SPA sedang mencari 61 orang yang berkelulusan Ijazah dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut untuk mengisi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 :

  • Cepat
  • Tepat
  • Integriti
  • Produktif
  • Kreatif
  • Taat Setia Kepada Organisasi
  • Bersifat Sedia Membantu
  • Baca iklan jawatan kosong ini di bawah :

    Iklan jawatan kosong terkini Pegawai Teknologi Maklumat F41 2016
    Iklan jawatan kosong terkini Pegawai Teknologi Maklumat F41 2016

    Tarikh Tutup Permohonan : 4 Febuari 2016