Pegawai Tadbir Gred N41 | Gaji, Tugas dan Syarat Lantikan

Pegawai Tadbir Gred N41
.
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

GAJI PEGAWAI TADBIR GRED N41:

gaji pegawai tadbir negeri n41

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI TADBIR GRED N41:

.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
.
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
.
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

.

Cara Mohon Kerja Jawatan Pegawai Tadbir N41

.
Jika anda ingin menjawat jawatan Pegawai Tadbir N41, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi SPA (spa.gov.my).

Bagi lantikan negeri, anda boleh memohon di laman web SPA Negeri yang anda mahu mohon.
.

Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

.
Calon-calon yang menepati kelayakan untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 akan dipanggil menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 terlebih dahulu, sebelum dipanggil temuduga. Peperiksaan boleh diadakan secara online mahupun offline, bergantung kepada negeri.

Calon-calon yang dipanggil ke exam Pegawai Tadbir N41, perlu buat persediaan yang rapi untuk lulus kerana perlu bersaing dengan beribu-ribu orang calon.

Untuk memudahkan anda buat persediaan, anda boleh buat persediaan menggunakan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 yang disediakankan oleh Infokerjaya ini :

Contoh Soalan Pegawai Tadbir N29

Daftar PERCUMA Nama dan Email anda di bawah untuk mendapat update mengenai jualan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan PT N41. Hanya yang mendaftar sahaja akan dapat update.