Kursus, Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam April 2014

Kursus, Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam April 2014

 

Jadual  Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2014.

Kursus ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam (kerja kerajaan).

Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

i) Tiada sebarang bayaran dikenakan;

ii) Berpakaian kemas; dan

iii) Nota-nota kursus disediakan.

Peserta yang berminat dikehendaki melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran ini.

Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:

Encik Anwar bin Umar Ruszaman : 03-8885 6459
Cik Diana Amira binti Mustapa : 03-8885 6062
Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069

 

Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan April 2014

Klik SINI Untuk jadual kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam bulan April. 

 

Maklumat lanjut :

Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:

Encik Anwar bin Umar Ruszaman : 03-8885 6459
Cik Diana Amira binti Mustapa : 03-8885 6062
Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069

Atau layari –> Website SPA Kursus Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

 

p/s: Jika anda berhasrat untuk mendapatkan kerja kerajaan, amat digalakkan untuk anda sertai kursus ini agar anda tahu bagaimana untuk lulus peperiksaan bertulis kerja kerajaan, lulus Ujian Assessment Center (PAC) dan lulus temuduga kerja kerajaan. Kursus ini adalah PERCUMA. Jadi, rebutlah peluang yang ada ini.

Selamat Maju Jaya!.