Kaitan 8 Teras PTD dan Soalan Exam PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

[PTD] Kaitan 8 Teras PTD dengan Soalan Peperiksaan PTD

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan kepada anda Kaitan Antara 8 Teras PTD dan Soalan Exam PTD.

Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa nota penting dan contoh soalan exam PTD.

Dah download nota tersebut?

Jika belum download lagi, klik link di bawah untuk download :
[+] http://bit.ly/DownloadPTDM41

Lepas download, baca cepat-cepat ye 🙂

Kaitan 8 Teras PTD dengan Soalan Exam PTD

.

Apa Itu Teras PTD?

Teras PTD dalam erti kata yang mudah difahami ialah bidang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Ada 8 Teras PTD.

Soalan mengenai Teras PTD adalah antara soalan penting dan soalan popular yang sering ditanya dalam temuduga PTD kepada para calon.

Serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu isu perdebatan yang hangat.

Namun begitu, skop dan bidang tugas PTD adalah besar dan luas.

Secara ringkasnya, 8 bidang teras dalam PTD adalah seperti berikut :

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Inilah dia 8 bidang pengkhususan PTD (Teras Utama PTD).

Sebagai PTD, anda akan diserap ke mana-mana jabatan dan kementerian berdasarkan 8 bidang tugas utama yang telah disebutkan di atas.
.

Kaitan Teras PTD dengan Soalan Exam PTD?

Sekali pandang nampak tak ada kaitan. Berkali-kali pandang, anda akan nampak kaitannya.

Terutama kalau anda dah menduduki exam PTD beberapa kali.

Jika anda pertama kali menduduki exam PTD, memang susah untuk anda nampak kaitannya.

Seperti yang anda sedia maklum, soalan exam PTD skopnya sangat luas dan seringkali soalannya di luar jangkaan . Terutama soalan Seksyen A. Iaitu Soalan Pengetahuan Am.

Soalan Pengetahuan Am diadakan untuk menguji sejauh mana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting. Lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

Jadi, soalan yang bakal ditanya juga berkaitan dengan 8 Teras PTD tersebut.

Nampak dah sekarang ni, macam mana bentuk soalan yang anda bakal jawab nanti?

Atau masih kurang jelas?

OK, saya bagi contoh :

Soalan mengenai ASEAN, PBB, OIC – Soalan-soalan ini adalah berkenaan teras ke-8.

Haa… sekarang ni dah jelas? Dah nampak?

Itulah sebabnya mengapa 76 nota ringkas dan 50 contoh soalan dan huraian jawapan yang mencakupi beberapa bahagian penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam Seksyen A dimuatkan dalam Ebook Rujukan Lengkap Exam Online PTD ini.

Bukan itu sahaja, ada juga EXTRA 70 Soalan Pengetahuan Am sebagai Soalan Latih Tubi untuk menjadikan anda betul-betul berpengetahuan luas mengenai pentadbiran dan isu semasa yang berkaitan.

Setiap soalan disertakan sekali dengan huraian mengapa jawapannya begitu.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan PTD yang terdapat dalam Ebook Rujukan PTD ini :

SOALAN :

Siapakah menteri yang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah?

A. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
B. Timbalan Perdana Menteri
C. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
D. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

JAWAPAN :

A. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penerangan Jawapan :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipertanggungjawabkan untuk mempertingkatkan taraf isi rumah berpendapatan rendah sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Manakala Kementerian Luar Bandar dan Wilayah lebih kepada penyediaan infrastruktur dan membasmi kemiskinan serta fokus lebih kepada luar bandar.

Ini adalah satu cara belajar yang efektif sebenarnya. Bukan setakat anda dapat tahu apa jawapan untuk soalan tersebut, malah, anda juga dapat tahu kenapa jawapannya begitu.

Siap anda dapat lagi maklumat tambahan dalam huraian jawapan. Jadi, lepas ni anda tak confius dengan pilihan jawapan yang ada.

Almaklumlah, anda perlu jawap 50 soalan dalam masa 40 minit sahaja! Setiap soalan anda perlu jawab sepantas mungkin.

Semakin banyak anda terdedah dengan soalan-soalan sebegini, diri anda semakin biasa dengan bentuk-bentuk soalan exam PTD.

Jadi nanti, masa exam, anda tak terkujat nanti. Anda boleh jawab sambil senyum je. Tak perlu dah nak kerut seribu dahi tu 🙂

Harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda. Dapat memberi anda idea serba sedikit mengenai Exam PTD yang memang susah nak lulus ni. Ada calon yang dah ambil exam 10 kali baru lulus. Tapi ada juga yang ambil exam sekali je dah lulus.

Semuanya bergantung kepada sejauh mana anda bersedia untuk exam ini. Dan of course, rezeki anda juga 🙂

Tapi, jangan salahkan takdir semata-mata andai diri sendiri tak ada usaha. Usaha itu milik kita. Result tu Allah yang tentukan 🙂

Ebook Rujukan Exam PTD

.
Jika anda mahu dapatkan ebook rujukan Exam Online PTD ini, klik sahaja link di bawah untuk buat pembelian :

[+] http://www.kerjakosongterkini.info/EbookRujukanPTD
.
nAK rujukan peperiksaan PTD pegawai tadbir dan diplomatik m41 2017

Rujukan ini ada 4 pakej. Pakej Platinum paling lengkap. Pakej Platinum mengandungi :

✅ EXTRA 70 Soalan Pengetahuan Am (Soalan Latih Tubi disertakan dengan huraian jawapan),
✅ EXTRA 60 Soalan Seksyen B (Soalan Latih Tubi dilengkapi dengan cara kira langkah demi langkah),
✅ Template Resume (penting untuk minta kerja dan ketika interview nanti)
✅ Rujukan Pantas Temuduga PTD (penting untuk persediaan interview)
✅ Rujukan Pantas Resume Kerja (penting untuk anda sediakan resume yang berkaliber dan bawa masa interview nanti)
✅ Panduan Tingkatkan Keyakinan Diri (penting masa PAC nanti)

Cukup lengkap sebagai persediaan anda untuk jadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik 🙂

Jika anda betul-betul nak jadi PTD, jangan sia-siakan peluang yang ada depan anda ini. Mungkin anda salah seorang dari 400 orang PTD yang bakal dipilih 🙂

All The Best! Cayok!

nota rujukan ptd

Nak info kerja kosong terkini? Masukkan nama dan emel untuk terima update kerja kosong terkini terus ke emel anda

kerjakosong

www.KerjaKosongTerkini.info memberikan update info kerja kosong terkini yang diupdate secara berkala.