contoh soalan psikometrik pembantu setiausaha pejabat N19

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 di bawah ini khas untuk calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online psikometrik bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat gred N19.

1. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pastiah

3. Saya cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

4. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

5. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

8. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

9. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

10. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

11. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

12. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Atas permintaan ramai calon ujin psikometrik SPA, pihak kami ada menyediakan Pakej Rujukan Khas Psikometrik.

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mengandungi himpunan contoh soalan Ujian Psikometrik, skema jawapan dan lengkap dengan nota untuk membantu calon Psikemtrik Test SPA.

Anda boleh mendapatkan rujukan tersebut sebagai persediaan ujian anda.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan tersebut khas, anda boleh mendapatkan daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke emel anda. Langganan boleh dibuat dengan klik butang di bawah.

rujukan contoh soalan ujian psikometrik spa online 2018

.

JOIN CHANEL TELEGRAM PSIKOMETRIK KERJA KERAJAAN

Pastikan anda join juga chanel Telegram Psikometrik rasmi di bawah :

Cotoh Soalan Temuduga PPK U11 Pembantu Perawatan Kesihatan

11 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (PPKU11)

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan

Berikut adalah contoh soalan temuduga bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 :

1. Perkenalkan diri anda dan latar belakang?
2. Kenapa anda minta jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan?
3. Apa yang boleh anda huraikan tentang tugas seorang Pembantu Perawatan Kesihatan?
4. Apakah misi, visi dan moto KKM?
5. Ceritakan apa anda tahu tentang belanjawan?
6. Apakah perbezaan antara hospital atau klinik?
7. Apakah warna pakaian bagi Pembantu Perawatan Kesihatan?
8. Namakan menteri, timbalan dan pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.
9. Jika anda diberi peluang menjawat jawatan ini, adakah anda sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?
10. Sanggupkah kalau ditempatkan di pengurusan mayat?
11. Siapakah nama menteri Kesihatan yang baru dan lama?

Inilah antara contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan yang anda boleh jadikan panduan untuk menghadiri Temuduga PPK U11.

Jika anda mahukan lebih banyak contoh soalan dan tip lulus Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan, anda boleh klik link di bawah untuk download PERCUMA.

>> DOWNLOAD Contoh Soalan + Tip Lulus Temuduga PPK U11 DI SINI <<

.
ebook 36 contoh soalan temuduga PPK U11

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 - Gaji, Syarat Lantikan, permohonan, Tugas & Tanggungjawab, psikometrik, temuduga

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 – Gaji, Syarat Lantikan, Tugas, Permohonan, Ujian Psikometrik, Temuduga

Dalam artikel ini anda akan dapat mengetahui tentang gaji, syarat lantikan, tugas & tanggungjawab, cara memohon, ujian psikometrik dan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

Pembantu Perawatan Kesihatan, PPK U11:

Kumpulan: Pelaksana
Kementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

gaji ppk U11 Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

GAJI MINIMUM : RM1,204.00
GAJI MAKSIMUM : RM3,001.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00

Syarat Lantikan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 :

  • Warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • > (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

    Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

    Tugas dan tanggung jawab Pembantu Perawatan Kesihatan

    Berikut ialah senarai tugas dan tanggung jawab sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 :

    Tugas-tugas Am PPK

  • Ketik kad kehadiran kerja masa masuk dan keluar.
  • Melaporkan kehadiran pada ketua unit atau jururawat bertugas.
  • Serahkan/ambil tugas kepada rakat sejawat.
  • Kemas katil dan kebersihan sekitar wad.
  • Kemas dan bersihkan katil pesakit discaj.
  • Tukar dan ikat beg linen yang sudah penuh.
  • Pastikan oksigen dan suction berfungsi dan bersih.
  • Bersihkan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
  • Menyediakan air kepada pesakit mengikut waktu dan keperluan.
  • Ambil dan hantar troli makan dari unit sajian.
  • Kutip dan cuci tray selepas pesakit selesai makan.
  • Bersihkan peti sejuk dan peralatan steril ikut jadual.
  • Berhubung baik dengan pesakit, famili pesakit dan unit-unit lain.
  • Hadir ke mesyuarat unit, perhimpunan di waktu pagi dan program untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Membaca dan menurunkan tanda tangan surat pekeliling, minit mesyuarat dan melaksanakan arahan pegawai atasan/ketua wad.
  • Hadir ke program anjuran hospital seperti kelab sukan, aktiviti 5S, gotong royong, akreditasi dan lain-lain.
  • Hantar Laporan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan pada Ketua Unit setiap tahun.
  • Berpakaian seragam bersih dan kemas.
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 - Gaji, Syarat Lantikan, permohonan, Tugas & Tanggungjawab, psikometrik, temuduga

    Tugas-tugas Despatch PPK U11

  • Hantar dan ambil barang dari atau ke pejabat am, farmasi, makmal, rekod, stor, unit hasil, x-ray dan pejabat penyelia jururawat.
  • Tugas-tugas Khas PPK :

  • Tugas klinikal menurut tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di wad tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di unit tertentu tahap 3 contohnya mortuary, phsysioterapi.
  • Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

    Jika anda berminat dengan kerjaya sebagai PPK U11, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi SPA

    >> Laman Web Rasmi SPA <<

    Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 PPK U11

    Selepas memohon jawtan PPK ini, sekiranya terpilih, calon akan dipanggil untuk Ujian Psikometrik. Ujian ini adalah untuk menguji kecerdasan sensitiviti, personaliti dan aptitude calon.

    Sebagai persediaan untuk anda hadapi Ujian Psikometrik, baca Contoh Soalan Ujian Psikometrik ini.

    Semakan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 PPKU11:

    Klik link di bawah untuk semakan panggilan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

    >> Semakan panggilan Temuduga PPKU11 <<

    Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

    Jika anda dipanggil ke temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, klik link di bawah untuk baca Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

    >> Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 <<

    Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA 2018

    Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK SPA? Gagal ujian ini boleh menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang anda idamkan.

    Jangan risau, kami tahu bagaimana untuk anda LULUS. Nak tak?

    Teruskan bacaan sampai habis ye. Jangan skip-skip. Rugi nanti sebab anda akan tertinggal info dan point-point penting tentang Ujian Psikometrik kerjaya kerajaan.

    Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, SPA mewajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi bermula 2018, psikometrik test ini diadakan dalam skop yang lebih terarah.
    .

    KLIK SINI UNTUK DAPATKAN BERATUS CONTOH SOALAN & JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

    .

    Apa Itu Ujian Psikometrik?

    Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

    Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

    Tetapi bagi calon, ianya lebih menekan. Calon tak kisah jawatan apa kan? Kita nak kerja. Nak ada gaji. Tak best pulak bila diuji macam ni.

    .

    CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE SPA

    .
    1. Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    2. Apabila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    3. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    4. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    5. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    6. Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai seorang rakan yang setia sanggup membimbingnya
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    7. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    8. Saya akan merasa menyampah bila orang lain berperangai pelik
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    9. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    10. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    11. Jika saya merendah diri saya akan dipandang rendah
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    12. Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    13. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    14. Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    15. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat
    A. Setuju
    B. Tidak Setuju

    Jika anda perasan soalan-soalan yang ditanya sekadar menguji personaliti dan nilai positif yang ada pada diri anda.
    .

    TIP LULUS UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE SPA

    Tips penting supaya anda tak sangkut dalam ujian PSIKOMETRIK adalah;

    TONJOLKAN NILAI POSTIF ANDA
    SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

    Senang tak?

    Kena faham, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti.

    Susah nak terang semua. Rasanya lebih mudah kalau anda buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa ditanya dalam ujian ini.

    Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu;

    ✔ tip jawab soalan
    ✔ contoh soalan
    ✔ cara jawab soalan supaya tak tersasar
    ✔ perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
    ✔ apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

    Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing.

    Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

    Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk calon yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

    Lihat data ini, ratusan ribu GAGAL setiap tahun…

    Mereka gagal bukan sebab tak bijak. Tapi antara yang menyumbang kepada kegagalan ini adalah :

    AMBIL MUDAH, BUAT SAMBIL LEWA

    ✘ Tak ada kesungguhan.
    ✘ Tak buat persediaan yang betul.
    ✘ Tak nak luang masa khusus untuk studi.

    Tapi itu bukan anda. Anda dah luang masa cari rujukan dan sampai ke laman ini kan?
    IZINKAN Tim Infokerjaya bantu anda.

    Tim Infokerjaya dah bantu calon sejak tahun 2008/09. Kita ada pengalaman ini dan pengalaman bagaimana untuk calon lulus ada dalam pengetahuan pengalaman ini.

    Selama berbelas tahun kami bantu calon, ribuan calon dah lulus.

    Kini masa untuk anda pula untuk LULUS dan jawat jawatan kerajaan yang anda idamkan selama ini!
    .

    RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE SPA

    .

    Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untuk ujian tahun ini dan khusus untuk membantu anda buat latih tubi soalan psikometrik khas untuk exam SPA.

    rujukan contoh soalan ujian psikometrik spa online 2018

    .

    DOWNLOAD CONTOH SOALAN

    Download soalan di atas dan jawab dan jangan terlepas dapatkan panduan Peperiksaan Soalan Psikometrik SPA yang pihak kami keluarkan di atas.

    JOIN CHANEL TELEGRAM PSIKOMETRIK SPA

    Calon peperiksaan Psikometrik SPA, pastikan anda join chanel Telegram Psikometrik SPA rasmi di bawah.

    Segala hebahan tips dan contoh soalan Psikometrik SPA akan dilakukan juga ke chanel Telegram.

    .
    .
    .

    Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2018 – Apa Nak Study?

    Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah keluarkan panggilan untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 sesi 15 Ogos 2018. Ya, peperiksaan pada hari Rabu. Bermula jam 8PM dan berakhir jam 9.40PM.

    jadual peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 Ogos 2018
    Jadual peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 Ogos 2018

    .

    Untuk Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 tahun ini, hanya ada 2 seksyen yang akan dinilai :

    Seksyen A: Pengetahuan AM : Kali ini khusus penilaian untuk pengurusan sumber manusia, perancangan dan pentadbiran sosial infrastruktur, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan lain-lain perkembangan dalam dan luar negara.

    Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah : Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon

    Persediaan Exam Penolong Pegawai Tadbir

    Apa Nak Study Untuk Lulus Exam Penolong Pegawai Tadbir PPT N29?

    Untuk Seksyen A (Soalan Pengetahuan Am PPT N29):

    Mengikut pengalaman, ramai calon mengeluh untuk seksyen A, iaitu soalan pengetahuan am.

    Skop untuk soalan pengetahuan am begitu luas. Calon umpama kena tahu banyak benda.

    Sebenarnya ianya lebih kepada ‘either you know or you don’t know’. Bergantung kepada pengetahuan yang anda ada.

    soalan-pengetahuan-am-peperiksaan-n29 ppt
    Contoh soalan pengetahuan am peperiksaan N29 PPT

    Untuk calon yang lepas kami bekalkan nota-nota ringkas yang merangkumi maklumat-maklumat yang biasanya ditanya dalam siri peperiksaan SPA. Kami kumpulkan dan jadikan nota untuk rujukan pantas anda.

    Alhamdulillah ianya telah berjaya membantu ramai calon sebelum ini.

    lulus sibuk kerja
    Lulus exam walaupun sibuk berkerja. Nota yang diberikan sangat membantu.

    Untuk Seksyen B (Soalan Matematik PPT N29):

    Untuk seksyen B, anda perlu buat persediaan yang lebih khusus.

    Caranya, anda cari semula soalan-soalan matematik masa SPM yang lalu. Silibus soalan hanya setakat SPM sahaja. Tak perlu advance sangat. Matematik Moden ya. Bukan Matematik Tambahan.

    Ianya lebih kepada kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep serta kebolehan berfikir secara kualitatif.

    Owh satu lagi, untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir, ada penilaian berbentuk kemahiran logik.

    Soalan kemahiran logik ni macam soalan IQ (IQ Test). Anda perlu sedikit masa untuk faham dan kaji soalan sebelum jumpa jawapan.

    Selebihnya ianya menilai kemahiran menginterpretasi data. Tak susah untuk penilaian ini. Anda cuma perlu baca dengan berhati-hati dan fokus kepada data yang diberikan. Anda akan diuji dengan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

    contoh-soalan-matematik peperiksaan penolong pegawai tadbir n29
    Contoh soalan matematik Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

    Rujukan Lengkap Nota, Contoh Soalan & Jawapan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

    Untuk rujukan khas bagi membantu persediaan anda dengan lebih pantas, boleh gunakan rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.
    ebook exam penolong pegawai tadbir ppt n29 ecover 3d

    Rujukan ini mengandungi :

    >> 195 mukasurat
    >> 90+ Nota ringkas
    >> Lebih 100 soalan & jawapan
    >> Huraian format 2018
    >> Tips exam 2018

    Psstt: Rujukan ini bukan buku fizikal. Ia adalah ebook, anda boleh download dan baca di PC, fon dan juga boleh print. Anda akan dapat link download rujukan ini selepas pembelian anda disahkan.

    Ini Yang Bakal Anda Dapat :

    nota rujukan contoh soalan penolong pegawai tadbir n29 2018